Aku sudah B.E.B.A.S. ??? Belum...belum~!! aku belum bebas sehingga 14 Februari ni bila result dikeluarkan. Seandainya semua lulus, baru lah aku boleh meneriakkan menggegarkan suara garauku ini ke seluruh pelosok alam....
"saya sudah beyyyyybassssss...beyyybasssss....beybaasssss" !!!!
Aku baru sahaja dalam proses menikmati dan me'qado'kan kembali apa jua yang telah aku hilang sepanjang sebulan terakhir, memberi seratus peratus fokus dalam pembikinan 'artworks' tempoh hari. Sekarang ini aku bermalas-malasan di teratak bunda sebelum berangkat ke Shah Alam minggu depan dalam proses penyebaran resume dan pencarian majikan.
Iya, show aku baru selesai 2 Februari 2013. Lukisan selamat diturunkan dan aku sedang berhibernasi di kampung ! Semoga aku kembali tabah mengharungi hidup di Shah Alam nanti. Amin
No comments:
Post a Comment